Sunday 1 April 2012

Yang berjalan tanpa disedari,
Itu lah Masa,
Tujuh hari berlari,
Sabtu,Munggu,Ithnin Selasa,

Dua hari kita berpuasa,
Jumaat hari bersara,
Mentaati perinatah Tuhan semesta,
Persedian kealam baqa.

Tiap hari kita melayani,
Perubahan dilalui sendiri,
Tidak diperhati rapi,
Penyesalan tiada erti.

Kekayan kesihatan bertubi tubi,
Prasangka hidup berterusan,
Tertipu Keselesaan membuai,
Cinta dunia tanpa sempadan.

liku liku hidup lama dilupa,
Tertinggal dalam ingatan kesepian, 
Detik kesedihan ratapan jiwa,
Dihiasi dengan amalan kepuraraan.

Ujian hidup tiada pilihan,
Kaya miskin sahaluan sazaman,
Tanpa penentu menukar haluan,
Mengusut fikiran dalam kesedaran.

Merdunya suara iman membisek,
Dikeningaan malam sunyi sepi,
Sujud ber khlawat angota mengolek,
Tunduk memmuhun dosa di ampuni.

Demi masa yang terlepas,
Kau terus berlari ramai ketawa,
Waktu muda muka segar tapi malas,
Hati kecil tertumpu pada yang nyata.

Yang nyata itu fana,
Hari ini esok atau lusa,
Hiasilah jiwa mencintai DIA,
Sambil menunggu hari Tua.

Panggilan Ajal tanpa amaran,
Tua Muda pasti mengalami ujian,
Azab kematian telah ditetapkan,
Penyalamat utama ibadah ketakwaan.
 
Wahai insan tercinta,
Segra lah bangung dari tidor,
Ajal akan memangil tanpa berita,
Bersemadi lah jasad kelamnya kubur.

Ilham DSJ @ 645 pm 31/03/2012 kl.

No comments:

Post a Comment