5 of 6
Tajuk : Siapa musuh manusia ?X | Inbox X |
Para pendengar dan sahabat yang saya hormati, Hari ini ada lah saat bersejarah bagi saya kerana dihadiah Allah Subha Nahuwatalla untuk bermuzakarah bersama anda sekalian untuk mencari titik pertemuan petunjuk dan hidayah Allah bagi mengembang shiar Islam di bumi yang tercinta.Saya juga mengucap ribuan terima kasih diatas undaangan anda untuk saya sama sama menimba ilmu dan saterusnya berkongsi pengalaman dan pendapat yang mungkin dapat menulung membuka pintu hati hidayah dan petunjuk kepada kita bersama dalam menengani masaalah yang kita hadapi dari aspek keugamaan Islam. Sabelum saya melanjut ucapan, saya ingin mengenal diri. Saya bukan lah seorang Ustaz didikan Timor Trengah atau lulusan universiti Islam terkemukka di tanah air.Ilmiah dan Pengalaman yang saya perolihi adalah hasil usaha penyilidikan persenderian selama 16 tahun memperdalam pengethuan kandongan Alquran dan Hadith Rasullah berdasarkan penyilidikan ilmu saraf,nahu dan tafsiran yang di perolihi menerusi ketekunan usaha penghafalan keindahan Ilmu Alquran semenjak tahun 1994 dengan bantuan seorang Guru alquran dan Qari dari Indonesia, ustaz kholiq mahmufz dan penyelikikan sendiri. Saya hanya lulus BA hons dari University Malaya dalam bidang sejarah dan bahasa pada tahun 1969 serta Ilmu undang-undanag dari Universiti Buckingham (Llb Hons) dan Universiti Kent United Kingdom dalam bidang undang undang Islam dari aspek riba pada tahun 1985. Pernah bertugas dengan kerajaan negeri Sarawak pernah menjadi Ahli politik ADUN Sentor dan Parliament selama 12 tahun dari 1974 hingga 1990 dan pernah menjadi Timbaalan Menteri pelajaran Malaysia dari tahun 1977 hingga 1980.Sekarang saya berusia 68 tahun mempunyi 15 anak dan 28 cucuk dan masih menyilidiki kandongan Alquran dan Al hadiths setiap hari. Dari latar belakang yang baru saya terangkan mungkin anda bertanya bila waktunya saya memperoli ilmiah lantaran umur sudah lanjut? Soal muda atau tua tidak menjadi halangan sekiranya seorang individu mempunyi keazaman dan keinginan untuk membuat perubahan dari semua aspek kehidupan teruama untuk memperdalam Ilmu agama.Usaha untuk mencapai kejayaan adalah berterusan dan pandai mengunakan peluang kemasaan hidup waktu muda atau tua demi merealiasasi cita cita morni; hidup untuk berjihad mengembang Shiar Islam.. Hidup ada lah cabaran.Ketekunan dan komittment untuk menembusi cabaran merupakan nadi kejayaan hidup. Niat untuk mengubah status dan idnetiti individu dengan usaha gigih kerana Allah.Itu adalah Tauhid yang perlu di awasi setiap saat dan waktu. Itu lah hudan atau petunjuk yang tak lapuk di telan masa kerana ianya ada lah sifat takwa yang paling dirindui Allah dan di galak Rasullallah S.A.W. Takwa ada lah benteng melawan musuh. Musuh utama manusia ia lah NAFSU. Ada dua jenis nafsu.Satu yang di ilham jiwa yang bersih dan dua yang di pengarohi shyitan.Yang pertaama mengundang kejalan takwa dan yang ke dua menghala kejalan kesesatan dan dosa.Penyakit tamak haloba sering menhatui cinta kekayaan dunia yang di dorong shyitan durjana.Mata hati jadi buta. Pasarana dunia ada lah surga dan keindahan akhirat terabai tanpa harga.Ini lah satu satunya reality hidup yang telah,sedang dan akan kita hadapi dalam melayari hidup. Musuh kedua ia lah kebebasan tanpa sekatan.Urusan harian berpandu kepada keinginin untuk mencapai kejayaan kebendaan yang tidak ada panduan ilham shariat keagamaan.Dunia menjadi medan pertarongan perlombaan mencari kejayaan tanpa memikir aspek spiritual dan ketenteram jiwa.Jasad dan roh manusia memerlu makanan.Apa kah makan yang harus kita hidangkan supaya kedua kehendak tersebut dipenohi dengan baik dan saksama? Pertama dengan rezki yang baik dan halal dan kedua mengisi kekosongan rohdengan sifat takwa yangdi rindui Allah; ia itu Solat dan mendampingi Alquran setiap saat dan ketika.(rujuk firman Allah dalam Surah 35(Al fathir ayat 29). Musuh ketiga ada lah keketoran. Jasad dan jiwa yang kotor menjadi penghalang utama untuk bersegra mendapat keampunan Allah.Jasad dan jiwa ada lah nilai kemulian manusia. Kerana Allah telah menjadi Manusia makhluk yang paling mulia sepertimana Alquran juga bacaan yang paling mulia.(sila rujuk surah at Thin dan Al wakiah ).Apa cara yang tersedia Allah untuk membersih diri? Baca,kaji,faham,gunakan penerangan dan petunjuk di peroli untuk menjadi asas sifat takwa-sabar,pemaaf,sedekah dan solat.Tujuan utama ini hendaklah di segrakan tanpa lengeh atau berdalih.Itu lah keazaman utama melawan mushuh yang terdapat dalam diri manusia.Kerana menanguh sesuatu usaha merupakan kunci pencurain waktu. Musuh keempat ada lah malas dan sifat kepura puraan.Sifat bagitu mengundang manusia kepada perbuatan syirik--kecil atau besar. Syirik ada lah dosa yang tidak di ampuni Allah. Syrik bolih menghapus semua amalan insan.Benteng untuk melawan sifat itu ia lah dengan memperkuatkan pegangan Tahuid dengan mengeshakan Allah dalam semua ibadah yang kita lakukan. Niat dan tujuan ibadah kita hendak lah sematamata ditumpu kerana untuk mendapat keredaan Allah bukan kerana tujuan lain. Ia nya hendak lah dikerja dengan ikhlas.Insha Allah dengan panduan ini kita akfn mendapat TUFLIHUN- ia itu kejayaan dunai dan akhirat.Kerana janji Allah ada lah benar,berlaku dan adil.Itu lah janji yang kita harus pegagang untuk selama lamanya. 10th October 2011.....akan bersambung Insha Allah. jaf This is part of my subject which I can lecture but I need at least five people to attend the class of 2 hrs per session. any where For free on the subject : "Process Pemberishan Diri menerusi Alquran".
|
No comments:
Post a Comment